MEMARTABAT SUMBER WARISAN GEOLOGI
Persidangan Warisan Geologi Malaysia 2007
12 November 2007
Mutiara Beach Resort, Langkawi
Anjuran
Kumpulan Warisan Geologi Malaysia
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
Persidangan Warisan Geologi Malaysia 2007 adalah yang kelima dalam siri yang dicetuskan oleh Kumpulan Warisan Geologi Malaysia (KWGM) bermula tahun 1999. Kesinambungan siri persidangan ini dengan sokongan berterusan pelbagai institusi penyelidikan, pihak berkuasa tempatan, swasta, badan bukan kerajaan dan pihak persendirian menunjukkan bahawa KWGM kini berada pada landasan yang betul. KWGM telah menyambut ulangtahun kesepuluhnya baru-baru ini dengan kejayaan memartabatkan Langkawi Geopark sebagai salah sebuah Global Geopark di bawah naungan UNESCO. Pendekatan pembangunan melalui kerjasama pelbagai pihak merupakan kunci segala kejayaan yang dicapai oleh KWGM. Bagi menghadapai dekad keduanya KWGM akan menghadapi cabaran lebih hebat khususnya dalam mengukuhkan hubungan kerjasama sedia ada di samping memperluas jaringan di peringkat kebangsaan dan rantau. Persidangan kali ini yang bertema “Memartabat Sumber Warisan Geologi” diharap akan dapat meransang ke arah usaha menjamin kerelevenan KWGM dalam usaha pemeliharaan sumber warisan geologi. Kertaskerja persidangan ini akan mencerminkan peri pentingnya kesepaduan usaha sama pelbagai pihak demi memartabat sumber warisan geologi bukan sahaja untuk negara malah untuk seluruh planet bumi tanpa mengira batas sempadan geografi.
Langkawi Geopark
Langkawi merupakan gabungan 99 kepulauan paling bertuah kerana telah dinobat sebagai geopark pertama di rantau ini dan kini telah diiktiraf pihak UNESCO sebagai ahli dalam Jaringan Global Geopark. Berdasarkan konsep yang dibangunkan oleh KWGM dan UNESCO, Langkawi
Geopark dibina oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Kerajaan Negeri Kedah bagi menyokong usaha pembangunan lestari kepulauan ini yang menitikberatkan pemeliharaan sumber warisan alam semulajadi dan kesejahteraan hidup masyarakat tempatan. Dengan
penubuhan Langkawi Geopark, LADA dan Kerajaan Negeri Kedah berhasrat menjadikan Langkawi destinasi pelancongan alam semula jadi terulung di rantau ini. Pihak Pengurusan Langkawi Geopark pula bertekad akan memainkan peranan sebagai nukleus dalam usaha pembangunan geopark dan pemeliharaan sumber warisan geologi negara dan rantau Asia Tenggara.
The spellbound mystical island opulent in history, myths, cultures and breathtaking sceneries that founded by its unique geological formation. The Langkawi archipelago consists of over 99 amazing islands. Langkawi is a beautiful exotic place of natural beauty that is steeped in myths and legends. Sandy white beaches and clear tropical water on the many islands makes it a relaxing and refreshing paradise for sun, nature and sea lovers - a perfect place to escape from the bustle of the city.
Wednesday, November 07, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment